Dr Victor Paut zahir ucapan terima kasih kepada Hajiji atas pelantikan timbalan pengerusi Sawit Kinabalu

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Dato’ Dr Victor Peter Paut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Sdn Bhd.dan Borneo Samudera Sdn Bhd.

Menurut beliau, amanah dan kepercayaan ini akan digalas dengan penuh dedikasi serta melaksanakannya dengan sebaik-baiknya.

Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) merupakan anak syarikat milik penuh Sawit Kinabalu, yang terlibat dalam pembangunan ladang kelapa sawit serta pengeluaran dan penjualan produk minyak sawit, termasuk pembuatan minyak sayuran, kek, dan makanan. 

Beroperasi di Sabah sejak 1995, aktiviti utamanya melibatkan pengurusan estet, kilang, dan tapak semaian.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diatas kepercayaan beliau melantik  saya sebagai Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Sdn Bhd.dan Borneo Samudera Sdn Bhd.

“Saya akan membantu dan memasitikan visi syarikat ini untuk menjadi kumpulan utama dengan perniagaan yang pelbagai dan mampan yang menyokong kerajaan negeri dan negara,” kata Victor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles