Matbali tekad bangkitkan isu rakyat Parlimen Sipitang di Dewan Rakyat esok

KOTA KINABALU: Anggota Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah bertekad untuk terus memperjuangkan isu yang membabitkan kepentingan rakyat, khususnya di kawasan Parlimen Sipitang.

Sehubungan itu, beliau bakal membangkit beberapa isu rakyat termasuk masalah hakisan dan banjir yang sering berlaku di kawasan rendah DUN Lumadan, Beaufort dalam sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.

Ini termasuk seruan kepada kerajaan untuk memperhebatkan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir.

DUN Lumadan dan DUN Sindumin termasuk dalam kawasan Parlimen Sipitang.

Sementara itu, isu rekahan di Kg Tanjung Nipis di kawasan Parlimen Sipitang turut mendapat perhatian Matbali yang kini berada di ibu negara untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Susulan itu, beliau mengutuskan wakil iaitu Pegawai Perhubungan Parlimen Puan Queen Tuboh @ Pauzin untuk memeriksa aduan rekahan tersebut.

Puan Queen disertai dari pelbagai agensi kerajaan termasuk konsesi jalan simen (Kekal Mewah) dan Jabatan Kerja Raya dalam lawatan itu.

Menurut laporan awal, antara punca berlakunya rekahan itu ialah hakisan sungai memandangkan jalan terbabit berdekatan dengan sungai.

Matbali berkata pihaknya akan mencari jalan terbaik bagi menangani isu rekahan di Kg Tanjung Nipis.

“Sebagai MP Sipitang, saya akan melakukan yang terbaik dan terdaya untuk ‘menolong’ dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles