KBDS rangka dua aktiviti berskala besar, martabatkan bahasa Dusunik Sabah – Lawrence Gimbang

KOTA KINABALU: Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah (KBDS) telah merangka dua aktiviti berskala besar tahun ini bagi memperkasa dan memartabatkan lagi bahasa Dusunik Sabah.

Presiden KBDS Datuk Lawrence Gimbang berkata dua program itu ialah projek komuniti bahasa Dusunik dan Karayahon Boros Dusunik (Kebanggaan Bahasa Dusunik). 

Mengikut perancangan, katanya, antara aktiviti pengisian projek komuniti bahasa Dusunik ialah sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Bundu yang dilaksanakan di Tadika Kg Lingkudou dan Kg Kinorotuan, Ranau.

Lawrence berkata projek yang sama bakal diadakan di Tadika Kg Togudon, Ranau yang akan dikelolakan oleh Dr Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah dan Sitiamah Hj. Sahat.

Program itu, antara lain, bertujuan mengajar dan belajar Bahasa Bundu dan Bahasa Liwan sebagai bahasa komuniti di daerah berkenaan untuk kanak-kanak peringkat tadika, katanya.

“Jika semuanya berjalan lancar, kita bercadang untuk laksanakan program ini selepas bulan Mac 2026,” katanya.

Lawrence berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyurarat AJK KBDS di sini pada Sabtu.

Turut hadir Setiausaha Agung KBDS Petrus Guriting.

Mengenai progran Kebanggaan Bahasa Dusunik yang bertemakan Koturompuson Boros (Kelancaran Bahasa), Lawrence berkata ia dilaksanakan melalui tiga kategori iaitu Mogirurumo (group  discussion), Monunturu (craftsmanship) dan Mananggarung (fashion).

Beliau berkata objektif program itu ialah Popotonduli’ (Menghidup/mengembalih), Popoburu (membangun/memaju) dan Popotilombus (meneruskan) Bahasa Dusunik.

Lawrence berkata KBDS bertekad untuk melaksanakan program tersebut di tiga lokasi berasingan iaitu di Apin-Apin (kawasan pedalaman) pada 20 Jun, di daerah Ranau (18 Julai) dan daerah Tuaran pada 19 Sept 2026.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles