Oleh Yussof J. Imbang
KOTA KINABALU; Pengerusi baharu Kumpulan Sedco, Datuk Masiung Banah mahukan pegawai eksekutif agensi itu bekerja dalam satu pasukan dan menuntut sistem tadbir urus baharu berperistasi tinggi.
Beliau mengingatkan pegawai termasuk eksekutif yang mengetuai anak-anak syarikat di bawah Sedco supaya mengikis amalan budaya kerja ‘sekadar makan gaji’ tanpa mengambil inisiatif menambah baik potensi pelaburan.
Wakil Rakyat Kuamut itu, mula melaporkan diri berugas pagi kelmarin, selepas menerima perlantikan kerajaan negeri minggu lalu.
Beliau kemudianya diberi taklimat oleh Pengurus Besar Kumpulan Sedco, Datuk Ar. James Wong Kien Peng yang turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Thomas Logijin di pejabat perbadanan itu di Wisma Sedco, di sini.
Masiung menegaskan, pegawai dan kakitangan melibatkan kumpulan syarikat di bawah Sedco melaksanakan kerja sebagai satu keluarga sambil menolak sikap ego dalam entiti pentadbiran.
” Kita meletakan sasaran supaya Kumpulan Sedco muncul sebagai pemacu utama ekonomi Sabah dalam laporan tahunan, kerana itu kita memerlukan pegawai profesional berperistasi tinggi.
” Setiap cadangan hendaklah terlebih dahulu dikaji secara mendalam sama ada ianya boleh menjana keuntungan atau sebaliknya.
” Kita tidak boleh melaksanakan sesuatu projek atau pelaburan secara tergesa-gesa melainkan setelah membuat perancangan yang matang terlebih dahulu, ” tegasnya.
Menerusi pembaharuan pentadbiran yang beliau cadangkan, Sedco hendaklah menghantar laporan peristasi kepada kerajaan negeri setiap tiga bulan.
Masiung mengesa kepada pembuat dasar supaya setiap rangka kerja yang dirancang hendaklah berpaksikan keperluan rakyat sebelum dibincang dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.
