MP Sipitang Matbali terus perjuangkan nasib penduduk kawasan berisiko banjir

SIPITANG: Anggota Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah menggesa kerajaan agar meneruskan projek tebatan banjir, khususnya kawasan rendah di DUN Lumadan, Beaufort.

Beliau berkata cadangan projek tebatan air itu, terutama tebing sepanjang Sungai Padas, Beaufort itu sudah dikemukakan kepada kerajaan.

“Kita berharap cadangan ini diberi perhatian oleh kerajaan demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk kampung di kawasan tersebut,” katanya.

Matbali berkata demikian ketika ditemui dalam Forum Anjung At-Taqwa @ SabahFM di Masjid Imam Haji Awang Hashim, Pekan Sipitang baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia berkata langkah itu penting bagi mengurangkan risiko banjir memandangkan DUN Lumadan terletak berhampiran Sungai Padas.

“Selain kawasan pekan, projek tebatan banjir juga perlu dilaksanakan di kampung-kampung berhampiran Sungai Padas, termasuk kawasan yang dikenal pasti mengalami hakisan seperti Kampung Tuhu Lupak,” katanya.

Sementara itu, Matbali mengingatkan penduduk di situ supaya sentiasa berwaspada sekiranya banjir berlaku.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles