Parti PERPADUAN Desak JKR Sabah Selesaikan Segera Jalan Runtuh Tongod 

Ketua wanita sedang menunjukan jalan yang runtuh kawasan Kg malian Dan kekurangan SIGNBOARD boleh mengundang keslamatan p|engguna jalan.

TONGOD: Ketua Wanita PERPADUAN Pusat, Puan Scholastica Taraji mengecam kegagalan Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Kerja Raya (JKR)menangani masalah runtuhan jalan raya di laluan Telupid-Pinangah, khususnya di Kampung Malian, Tongod, yang telah berlarutan lebih dua  tahun tanpa penyelesaian.

Menurutnya keadaan jalan yang runtuh itu merupakan ancaman serius terhadap nyawa rakyat. 

“Penduduk kampung yang menggunakan laluan ini setiap hari hidup dalam ketakutan kerana kenderaan berisiko terjunam ke kawasan runtuhan akibat ketiadaan kawalan keselamatan yang mencukupi. 

“Ini adalah kecuaian yang tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Scholastica berkata PERPADUAN memandang serius sikap lepas tangan dan kelalaian pihak berwajib kerana jalan itu adalah laluan utama yang menghubungkan Telupid, Pinangah, Kampung Mongkowogu, Kampung Soguon, Kampung Tampasak serta beberapa perkampungan lain.

“Laluan ini juga amat penting bagi pengangkutan hasil ladang kelapa sawit dan getah di kawasan Kuamut.

“Lebih mengecewakan, wakil rakyat DUN Kuamut sendiri menggunakan jalan yang sama setiap kali pulang ke Kampung Alitang, namun penderitaan rakyat terus dibiarkan tanpa tindakan berkesan perpaduan berharap wakilrayat KUAMUT bertegas dan Mendesak pihak JKR. bertindak segara,” katanya.

Katanya PERPADUAN menegaskan bahawa alasan kelewatan tidak lagi boleh diterima.

“Sebab itu, kami menuntut JKR Sabah melaksanakan kerja pembaikan segera dan menyeluruh sebelum berlakunya tragedi kehilangan nyawa.

PERPADUAN berpendapat kegagalan berterusan Kerajaan Negeri Sabah dan JKR untuk bertindak segera akan dianggap sebagai pengkhianatan terhadap keselamatan rakyat luar bandar, katanya.

“Jika sebarang kemalangan serius atau kehilangan nyawa berlaku akibat kecuaian ini, tanggungjawab politik dan moral sepenuhnya terletak di bahu kerajaan dan pihak berwajib,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles