JANS digesa segera selesaikan masalah sumber air terawat di kawasan perumahan Kinarut – Jeffery Nor
KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) digesa untuk menyelesaikan segera masalah sumber air terawat di beberapa kawasan perumahan di Kinarut.
Ketika membuat seruan itu, Ketua UMNO Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata antara kawasan terjejas itu ialah perumahan PPR Kinarut Ria, Taman Limauan Kinarut, Kampung Anak, Kampung Laut dan
Apartment South Prima Kinarut.
Beliau berkata masalah sumber air itu sudah berlanjutan beberapa hari dan ianya menyebabkan masalah utama kepada penduduk-penduduk d kawasan terbabit.
“Tidak memadahi dengan sumber air datang daripada lori tangki saja, usaha-usaha yang tuntas perlu dilaksanakan segera.
“Penggunaan ‘balancing tank’ perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
“Saya keliru dengan tanggungjawab JANS sebenarnya, sudah sampai waktunya ‘suruhanjaya air Sabah’ ditubuhkan bagi pemantauan ketat urusan sumber air’ kita di negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Jeffery menohon JANS agar segera atasi permasalahan sumber air di kawasan tersebut.
“Ini kerana ianya melibatkan penduduk yang ramai yang akan menjadi salah satu tekanan hidup mereka sekeluarga,” katanya.