Jamawi rasmi Pasar Harian, Sunset Deck KPD Avenue

Jamawi rasmi Pasar Harian, Sunset Deck KPD Avenue

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar hari ini merasmikan Pasar Harian serta Sunset Deck Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Avenue, di sini.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan I, Datuk Haji Ruslan Muharam; Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Leonard Stephen Poyong; Pengurus Besar KPD, Jamilah Lee serta Ahli Lembaga Pengarah KPD. Majlis perasmian berlangsung di KPD Avenue.

Jamawi yang ditemani isterinya, Datin Zainatunnisa Ibrahim turut meluangkan masa menyantuni para peniaga sayur yang beroperasi di KPD Avenue.

Beliau juga diberikan taklimat oleh Jamilah berhubung perjalanan serta operasi yang dilaksanakan oleh KPD yang merupakan agensi di bawah kementeriannya, sepanjang tahun 2025.

Ketika ditemui media, Jamawi berkata, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian sasaran jualan KPD bagi tahun 2025 yang disifatkan sebagai memberangsangkan.

“Ia merupakan satu pencapaian yang memberi isyarat jelas kepada masyarakat bahawa bidang pertanian mampu menjana keuntungan perniagaan sekiranya diurus secara sistematik dan berkesan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles