DUN Sabah luluskan pelaksanaan projek pekan baharu Penangah – Masiung

Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telahpun meluluskan pelaksanaan projek Pekan Baharu Penangah di bawah pelan Rancangan Malaysia Ke Tiga Belas (RMK-13) yang bakal membuka tirai awal Januari tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, projek bercampur itu adalah merangkumi Belanjawan Negeri 2026 bernilai RM6.9 bilion yang dibentangkan pada persidangan DUN 12 Disember lalu.

” Pekan Baharu ini dijangka dapat melonjakan ekonomi penduduk setempat sesuai lokasinya berdekatan pembangunan kilang simen yang dijangka beroperasi penghujung 2026, ” jelasnya ditemui media selepas merasmikan Sambutan Krismas zon Penangah, semalam.

Menurut Masiung, sebanyak RM3 juta diperuntukan unruk kerja-kerja awal merangkumi pengukuran tapak seluas 200 ekar, pembinaan jalan masuk, kerja-kerja tanah dan sistem perperitan.

Pekan Baharu Penangah dilaksanakan secara berperingkat melalui kerjasama strategik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) menerusi pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Masiung berkata, pembangunan Pekan Baharu Penangah tidak jauh daru kilang simen di Kampung Kawayoi yang menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dijangka membuka lembaran baharu daerah Tongod yang disenaraikan antara 10 daerah termiskin di Malaysia.

Menurut beliau, di bawah RMK-13 projek pekan baharu Tongod kini dalam pembinaan selain Kompleks Sukan Tongod yang terbangkalai akan diteruskan.

Sambutan Krismas zon Penangah penuh warna warni itu meraih kehadiran lebih 2,000 orang dengan pelbagai persambahan termasuk pertunjukan bunga api dan persembahan nyanyian dari penghibur tempatan termasuk Datuk Francis Landong, George Lian dan Asimjn Pugug.

Penguasa Peroki St. John Penangah, Paderi Andreas Barnabas, Penguasa Gereja Tampasak dan Imbak Pedari Masri Raimiee dan Paderi Habis Olui turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles