KOTA KINABALU: Calon Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Murkam Hj Hussien bertekad untuk menjadikan persatuan itu sebagai organisasi peneraju transformasi penjawat awam yang ‘inklusif’ sekiranya dipilih memegang jawatan itu nanti.
Beliau yang juga Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) turut meletakkan beberapa misi utama untuk perkasakan penjawat awam di negara ini.
Ini termasuk memantapkan lagi tadbir urus kesatuan itu, memperkasakan integriti penjawat awam dan menambahbaik skim perkhidmatan bagi anggota kerajaan.
“Sudah tiba masanya Cuepacs melakukan anjakan paradigma dan berani melakukan perubahan inklusif, termasuk memberi peluang kepada pemimpin persatuan penjawat awam dari Sabah dan Sarawak untuk menerajui barisan pimpinan Cuepacs peringkat kebangsaan.
“Sebab itu, saya menerima dengan hati terbuka pencalonan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Cuepacs, sekali gus menyuburkan amalan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain presiden KGKS, Murkam juga merupakan Pengerusi Bersama Majlis Bersama Jabatan Sabah, Pengerusi Permuafakatan Pendidikan Negeri dan Timbalan Pengerusi Cuepecs Negeri Sabah.
Di peringkat KGKS, Murkam begitu lantang memperjuangkan nasib golongan guru atau pendidik di Sabah.
Ini termasuk jsuTafsiran baharu Elaun Perumahan Wilayah (EPW) yang mengakibatkan ramai guru di negeri ini tertekan dan terbeban berikutan terpaksa menanggung hutang bayaran balik berdasarkan kiraan semula yang dikuatkuasakan secara retroaktif atau ke belakang.
