Kejohanan Badminton PPBB KPM-Perodua  wadah terbaik pembangunan bakat peringkat akar umbi

KOTA KINABALU: Program Pembangunan Bakat Badminton (PPBB) KPM-Perodua Peringkat Negeri Sabah memainkan peranan penting sebagai platform pembangunan bakat sukan khususnya di peringkat akar umbi.

Menyedari kepentingan itu, program itu  telah dilaksanakan pada 22 November lepas di Dewan Juara Badminton Arena, Ketiau, Putatan.

Majlis penutupan program itu telah disempurnakan Tuan Muddin Bin Beting, Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 

Turut hadir ialah Tuan Datu Asrah Bin Datok Ambas, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Bakat Murid), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Tuan Fauzzeh Bin Pelih, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 

Kejohanan itu dikelolakan oleh PLD SK Pekan Kota Belud di bawah kendalian Tuan Rusdi Bin Suin, Guru Besar, SK Pekan Kota Belud.

Kejohanan PPBB-KPM 2025 itu merupakan program pemilihan atlet yang terbaik dari pusat PPBB setiap negeri yang telah dijalankan di seluruh negara dan akan diakhiri dengan pusingan Grand Final yang dijadual diadakan di Kedah pada 01-07 Disember tahun ini.

Kejohanan tersebut telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 130 orang murid dari pelbagai kategori umur bermula 9, 10, 11 dan 12 tahun ke bawah dari 10 Pusat PPBB di Sabah selepas sesi pemilihan di peringkat pusat selesai.

Kejohanan itu menawarkan penyertaan secara percuma kepada semua murid peringkat sekolah rendah. 

Bagi memastikan kelancaran penyertaan, Kementerian Pendidikan melalui Pusat PPBB turut menerima token sebagai sumbangan bagi menampung kos pengangkutan, penginapan dan makan peserta sepanjang kejohanan.

Bagi pusingan Grand Final, peserta akan diberikan kemudahan tambang pengangkutan, penginapan dan elaun makan, manakala para pemenang menerima ganjaran wang kemenangan mengikut kategori masing-masing. 

Kejohanan itu bukan sahaja memperkukuh kerjasama strategik antara Perodua dan Kementerian Pendidikan malah menjadi medium penting dalam melahirkan generasi atlet muda yang berdisiplin, berdaya saing dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles