Seramai 173 ahli PBS, UPKO dan Gagasan Rakyat sertai KDM Kiulu

TUARAN: Berbaki tiga hari berkempen, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menerima suntikan semangat baharu apabila 173 ahli PBS, UPKO dan Gagasan Rakyat di Kampung Lingga dan Mantob mengambil keputusan meninggalkan parti masing-masing dan menyertai KDM.

Borang keahlian KDM diserahkan oleh wakil mereka Robert Gotou kepada calon KDM Kiulu yang juga Naib Presiden parti itu, Gundohing Henry Saimpon pada majlis ceramah di Kandaki Mantob, pada Selasa.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan borang keahlian itu ialah Ketua PDM Mantob Gundohing Midin Lobintang.

Menurut Robert, kesemua mereka memilih menyertai KDM bagi memastikan undi blok pembangkang di Kiulu tidak berpecah, sekali gus memberi peluang kepada KDM bersaing hebat dengan calon pemerintah GRS.

“Kami lihat ada keperluan untuk rakyat di sini bersatu dan memberi sokongan padu kepada calon KDM,” katanya selepas majlis ceramah tersebut.

Terdahulu, Henry mengajak pengundi DUN Kiulu supaya keluar beramai-ramai mengundi dan memberi sokongan kepada parti local itu dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sabah Sabtu ini.

Menurutnya, sokongan itu penting bagi membolehkan kawasan Kiulu terus maju, terutama daripada segi pembangunan dan kemudahan asas.

“Saya sedia memberi perkhidmatan yang terbaik untuk Kiulu sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles