Calon ANAK NEGERI Tambunan nafi tarik diri atau runding sokong calon GRS

Calon ANAK NEGERI Tambunan nafi tarik diri atau runding sokong calon GRS

TAMBUNAN: Pihak Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI)menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang mengaitkan calon ANAK NEGERI DUN Tambunan dengan dakwaan akan menarik diri atau bakal buat rundingan sokong calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Calon ANAK NEGERI Tambunan Dionysia Ginsos berkata kenyataan itu adalah berbentuk fitnah dan dibuat oleh individu  tidak bertanggungjawab yang cuba melemahkan semangat para penyokong parti itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dionysia menegaskan bahawa parti itu masih lagi kekal berdiri berjuang teguh di N.39 Tambunan tanpa rundingan dengan mana-mana parti yang lain. 

“Kami (ANAK NEGERI) percaya bahawa perjuangan kami yang berteraskan visi dan misi untuk Tambunan makin diterima oleh kebanyakan penduduk Tambunan sehingga

ada pihak yang sengaja buat provokasi agar penyokobg kami beralih arah dan hilang kepercayaan kepada parti kami,” katanya.

“Bagi kami, perjuangan kami ikhlas untuk rakyat Tambunan. 

“Saya lihat sokongan daripada pelbagai pihak makin bertambah dari masa ke semasa dan yakin akan mendapat sokongan padu dan seterusnya kemenangan pada 29 November nanti,” katanya.

Sehubungan itu, Dionysia mempelawa warga Tambunan untuk menghadiri ceramah perdana pada Rabu (26 Nov) di Dewan Terbuka Stone Garden Tambunan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles