Redonah tawar enam manifesto untuk pengundi Bandau

KOTA MARUDU. Enam manifesto menjadi petunjuk prestasi indeks (KPI) calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, Datuk Redonah Bahanda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Meningkatkan kesejahteraan masyarakat Bandau dengan menumpukan usaha melalui pembangunan infrastruktur selain memperkukuh penyaluran bantuan kebajikan.

Redonah dalam kenyataan berkata, manifesto kedua ialah memantapkan pertumbuhan ekonomi Bandau dengan memberi fokus kepada perkembangan ekonomi setempat serta aktiviti perniagaan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat.

Menurutnya, beliau juga akan menumpukan kepada usaha dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah secara lebih berkesan, termasuk mempercepat proses dokumentasi, mengurangkan birokrasi serta menangani masalah pertindahan permohonan.

“Bagi manifesto keempat iaitu melestarikan budaya dan membentuk masyarakat Bandau yang harmoni, saya mahu memperkasa program seni, budaya dan warisan suku kaum yang terdapat di Bandar serta mempelbagai aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Redonah menambah, golongan Wanita dan belia tidak dilupakan apabila beliau akan membantu golongan ini melalui program keusahawanan, bantuan dan Latihan kemahiran serta pembangunan sosial yang lebih terancang.

Sementara bagi manifesto terakhir, Redonah mahu mengangkat mutu Pendidikan dan anak-anak Bandau.

“Menjamin masa depan generasi Bandau melalui Pendidikan dan sukan berkualiti. Yayasan Pendidikan Anak Bandau akan diwujudkan bagi menyediakan biasiswa, bantuan kewangan sukan serta sokongan pembangunan bakat untuk melahirkan anak-anak Bandau yang berilmu, cergas dan kompetetif,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles