“Hanya Anak Jati Faham Masalah Kami” – Japaruddin Sokong Zaini Tiksun

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) N.51 Sungai Manila, Zaini Tiksun, meneruskan kempen dengan bertemu rakyat secara bersemuka bagi mendengar sendiri keluhan dan permasalahan di kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Dalam lawatannya ke Kampung Sungai Daling, Zaini diberi penerangan mengenai isu air yang telah berlarutan lebih empat tahun sepanjang pentadbiran kerajaan GRS, sehingga menjejaskan kehidupan harian penduduk.

Menurutnya, masalah bekalan elektrik turut menjadi rungutan utama apabila gangguan berlaku pada waktu siang dan malam dalam tempoh yang panjang.

“Saya akan berusaha menyelesaikan permasalahan ini sekiranya diberi kepercayaan oleh rakyat pada 29 November nanti.
“Insyallah, dengan sokongan rakyat Sungai Manila, saya akan membawa suara mereka ke pengetahuan kerajaan sekiranya BN kembali memerintah Sabah,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Japaruddin Nurudin, berkata hanya calon anak jati Sungai Manila yang benar-benar memahami masalah rakyat setempat.

“BN sebelum ini telah membuktikan pelbagai projek pembangunan, termasuk di Kampung Sungai Daling.
“Rakyat perlu melihat kembali rekod ini dan memilih calon BN bagi meneruskan kesinambungan pembangunan serta kebajikan,” ujarnya.

Japaruddin turut mengingatkan rakyat agar tidak mudah percaya janji manis calon yang hanya muncul lima tahun sekali.

“Undilah calon BN yang merupakan anak jati serta berpengalaman dan lebih memahami permasalahan kita,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles