GRS mampu lakukan kejutan di kubu kuat BN – DUN Lamaq dan Sukau – Masiung

Oleh Yussof J. Imbang

SANDAKAN; Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah membayangkan akan wujud kejutan drastik di kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Lamaq dan Sukau pada pilihan raya (PRN-17) kali ini.

Pemimpin yang popular dengan slogan “Tatap Kalaga” itu optimis, gelombang kebangkitan anak muda menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan isyarat baharu menuntut perubahan politik di kedua-dua kawasan berkenaan.

Masiung menegaskan, kebangkitan drastik rakyat di Lamaq dan Sukau pada kempen PRN kali inj khususnya pengundi muda suatu perkembangan di luar jangkaan.  

Beliau ditemuai media sejurus berkempen membantu calon GRS Lamag, Juhainizamshah Johari dan Datuk Juhari Janan yang juga bertanding tiket GRS di Sukau, semalam.

” Kali ini di Lamag kita cuba naik kereta baharu dan laju, kita tinggalkan kereta lama yang sudah lusuh dan melalui beberapa kerosakan. Kalau ke Sukau kita yakin akan ada kejutan untuk baharu sambil kita rehatkan pemimpin lama, ” katanya.

Menurut beliau, angin perubahan politik di Lamaq dan Sukau memperlihatkan momentom yang meyakinkan.

Katanya, kekuatan sokongan akar umbi yang diterajui anak-anak muda di dua kawasan itu mampu membawa perubahan positif di Lamag dan Sukau pada PRN-17 kali ini.

Walapun katanya, penyandang DUN Lamag diwakili, Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Sukau penyandangnya, Setiausaha Umno Sabah, tetapi dalam pilihan raya kemenangan ditentukan oleh pengundi.

Menurut Masiung, analisis di atas kertas bukanlah ukuran yang tepat, namun tidak mustahil akan berlaku sebaliknya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles