Prihatin Rakyat: Isteri Calon BN N.51 Sertai Ziarah Kasih di Rancangan Luboh

SANDAKAN: Isteri calon Barisan Nasional (BN) N.51 Sungai Manila, Sharifah Aniefah Mohamad terus memainkan peranan aktif membantu suaminya, Zaini Tiksun, dalam kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17.

Kehadiran beliau di lapangan dilihat sebagai sokongan moral yang kukuh kepada usaha suaminya memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Sharifah Aniefah turut turun padang bagi menyantuni individu yang menghadapi masalah kesihatan di Peringkat 6 Rancangan Luboh.

Program ziarah tersebut bertujuan menziarahi secara bersemuka bagi memberikan sokongan emosi serta memahami penduduk yang diuji kesakitan.

Menurut beliau, kehadirannya bukan sekadar untuk berkempen, tetapi lebih kepada menzahirkan rasa prihatin terhadap masyarakat.

“Ziarah seperti ini mengingatkan kita bahawa masih ramai yang memerlukan sokongan. Insya-Allah, keprihatinan ini akan terus menjadi sebahagian daripada perjuangan kami,” katanya ketika ditemui selepas sesi kunjungan tersebut.

Program Ziarah Kasih di Rancangan Luboh mendapat sambutan baik daripada penduduk yang menzahirkan penghargaan atas kehadiran Sharifah Aniefah dan pasukan. Mereka berharap usaha sebegini dapat diteruskan sebagai pendekatan mendekati rakyat dengan lebih dekat.

Inisiatif berterusan oleh Sharifah Aniefah turut memperkukuhkan imej Barisan Nasional sebagai parti yang mendahulukan kebajikan masyarakat.

Penduduk setempat menyatakan keyakinan bahawa usaha yang ditunjukkan mencerminkan komitmen sebenar calon BN N.51 Sungai Manila dalam memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles