Benarkah PBS tikam BN dari belakang pada hari penamaan calon PRU 1990 menyebabkan UMNO masuk Sabah?

Oleh Musli Oli

KOTA KINABALU:  Naratif penolakan parti-parti nasional di Sabah berpunca daripada kurangnya pengetahuan sejarah politik negeri itu. Parti-parti nasional tidak  berada di bumi Sabah jika bukan atas jemputan daripada pemimpin dan rakyat Sabah sendiri. Inilah yang membezakan politik Sabah dan politik Sarawak.  Pemimpin Sarawak tidak mempelawa parti nasional mengembangkan sayapnya ke negeri mereka. 

Sesungguhnya keberadaan parti nasional di Sabah telah dapat mengimbangi situasi politik yang kerap tidak stabil di negeri itu..Dalam masa yang sama berlaku kecenderungan pemimpin parti politik tempatan  menjurus kepada ciri’ciri kepimpinan  diktator dan kuku besi bila partinya berkuasa sepenuhnya. Ini pernah berlaku semasa pemerintahan USNO,  BERJAYA dan PBS. Termasuk WARISAN sungguhpun pemerintahannya agak singkat. 

 Semasa USNO (1967-1976) parti gabungannya SCA sekadar boneka. Manakala parti tempatan lain seperti USAP (United Sabah Action Party) yang ditubuhkan pada tahun 1970an  tidak dapat bersuara bagi pihak rakyat. Setiap aktiviti parti itu di kekang dan dilarang. Bila tiba pilihanraya tahun 1971, calon-calon pembangkang tidak dapat menyerah borang pencalonan. Pada pilihanraya negeri 1971 parti USNO telah menang semua kerusi DUN tanpa tanding.

 Rakyat Sabah yang menuntut pembelaan mula menjemput parti-parti pembangkang dari Semenanjung seperti PEKEMAS dan DAP.     Parti-parti itu tidak akan masuk ke Sabah kalau tidak dijemput. Begitulah juga dengan sejarah kemasukan parti  UMNO dan parti-parti nasional yang lain selepas itu.

Ketika politik Sabah bergelut dengan percaturan kuasa antara PBS, USNO dan BERJAYA pada pertengahan 1980-an, UMNO telah menunjukkan minat untuk masuk ke Sabah. Tetapi  UMNO masih belum ada alasan yg cukup kukuh sungguhpun pemimpin Sabah seperti Datuk Dun Banir, Datuk Yahaya Lampong, Datuk Karim Ghani termasuk Tun Mustapha menjemput UMNO. 

Hanya pada tahun 1990 UMNO memuktamadkan kehadirannya di Sabah. Alasan utama  PBS tikam BN dari belakang pada hari penamaan calon PRU 1990, Presiden PBS, Datuk Pairin Kitingan merangkap Ketua Menteri Sabah Pairin ‘mengkhianati’ Barisan Nasional dengan membawa partinya keluar meninggalkan gabungan itu dan mengistihar sokongan kepada Gagasan Rakyat, sebuah gabungan parti yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah. Pada ketika itu Pairin yakin BN akan tumbang dan Tengku Razaleigh akan menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Sebelum UMNO masuk ke Sabah, parti-parti politik di negeri itu terlalu bergantung kepada ketua dan pucuk pimpinannya. UPKO sejak awal penubuhannya bergantung kepada ketokohan Donald Stephens walaupun ada beberapa  pemimpin lain seperti Peter Mojuntin. Stephens adalah ‘Huguon Siou’ pertama kaum Kadazandusun. Begitu juga parti USNO yang terlalu bergantung kepada pengaruh Tun Mustapha.

Kehadiran UMNO sedikit sebanyak telah merubah lankskap politik negeri. Sungguhpun pada peringkat awal, pengaruh dan kehadiran Tun Mustapha dianggap penting, namun selepas itu UMNO Sabah tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pucuk pimpinan. Kesetiaan kepada pemimpin telah beralih kepada kesetiaan kepada parti dan organisasi. Dalam tempuh 32 tahun, UMNO Sabah bertukar Ketua Perhubungan sebanyak tujuh kali. 

Selepas BN-UMNO kalah pada PRU 14, pemimpin-pemimpin yg menjemput parti BERSATU masuk ke Sabah termasuklah Datuk Seri Hajiji Haji Noor yg pada ketika itu Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles