Zaini Tiksun Santuni Keluarga Kehilangan Ahli Keluarga di Sungai Manila

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) N.51 Sungai Manila, Zaini Tiksun, menziarahi sebuah keluarga di Kampung Sibugal Besar yang sedang melalui saat duka selepas kehilangan ahli keluarga terdekat.

Kehadiran beliau disambut dengan suasana penuh hiba, namun memberi sedikit kekuatan moral kepada keluarga berkenaan.

Menurut Zaini, berita mengenai musibah tersebut diterimanya sewaktu berada di lapangan, lalu beliau segera meluangkan masa untuk hadir menzahirkan sokongan dan simpati.

Katanya, kebajikan serta kesejahteraan masyarakat setempat sentiasa menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi ketika mereka berdepan ujian berat seperti kehilangan orang tersayang.

Dalam pertemuan itu, beliau turut menenangkan ahli keluarga sambil mendengar sendiri keadaan dan keperluan mereka.

Zaini yang juga Bendahari BN Libaran berkata, perhatian terhadap komuniti bukan sahaja tertumpu pada program pembangunan, tetapi juga ketika masyarakat memerlukan sokongan emosi dan moral.

“Semoga keluarga ini terus diberi ketabahan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dirahmati-Nya. “Innalillahi wainna ilaihi raji‘un,” tambahnya.

Zaini Tiksun dalam pada itu berharap masyarakat setempat saling menguatkan antara satu sama lain, terutama ketika berlaku musibah.

Beliau menegaskan bahawa nilai kebersamaan, empati dan semangat setempat merupakan kekuatan utama masyarakat di Sungai Manila dan seluruh Libaran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles