Projek Kompleks Sukan Tongod Disambung Awal Tahun Depan – Masiung


Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD: Kerja-kerja membina dan menyiapkan Kompleks Sukan Tongod yang ditamatkan kontrak pembinaanya pada Julai lalu akan disambung semula awal tahun hadapan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DU) Kuamut, Datuk Masiung Banah menjelaskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini sedang dalam proses menyiapkan dokumentasi bagi melantik kontraktor baharu menyiapkan projek tersebut.

Beliau ditemui selepas melancarkan Jentera Kempen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tongod di sini semalam.

” Syarikat pelaksana sebelum ini yang telah dilantik oleh kerajaan lalu ditamatkan kontrak selepas gagal menyiapkan projek tersebut dalam tempoh ditetapkan.

” Kita telah beberapa kali mengeluarkan amaran termasuk memberi lanjutan masa sebanyak empat kali namun gagal mencapai kemajuan fizikal dan akhirnya KBS keluarkan arahan menamatkan kontrak projek berkenaan, ” tegasnya.

Masiung berkata, isu tersebut ditimbulkan dalam kempen pembangkang, tetapi mereka harus tahu kontraktor terbabit dilantik semasa mereka menjadi kerajaan.

Beliau tidak mempersoalkan kroni siapa kontraktor berkenaan, tetapi harus berdaya maju menyiapkan kerja-kerja mengikut jadual.

Menurutnya, pristasi fizikal projek bernilai RM7 juta itu agak mengecewakan sejak tahun lalu, di mana pihak pembangkang mengambil kesempatan menyalahkan beliau sedangkan ia sudah diserah sepenuhnya kepada kontraktor yang mereka lantik sendiri.

” Tapi jangan susah, kita sudah ada solusi di mana KBS akan melantik kontraktor baharu seawal tahun depan unruk menyiapkan kerja-kerja yang tersisa.

” Saya yakin projek itu akan selesai dalam tempoh dua tahun. Apa yang saya lihat kontraktor baharu hanya perlu menambah pembinaan lapangan track, penyambungan elektrik dan air, ” jelasnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles