“Sungai Manila Rumah Saya”: Zaini Tiksun Hadir Ziarah Pusara Sebagai Permulaan Perjuangan

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional N.51 Sungai Manila, Zaini Tiksun, memulakan gerak kerja pilihan rayanya dengan menziarahi pusara kedua-dua ibu bapanya di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila Batu 12, pada sebelah petang.

Sebelum itu, Zaini hadir proses penamaan calon dan pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Libaran pada pagi Sabtu.

Menurut Zaini, kunjungan itu menjadi simbolik permulaan perjalanan perjuangannya sebagai calon DUN Sungai Manila, sekali gus mengharapkan kekuatan dan ketenangan jiwa sebelum menghadapi tempoh kempen yang bakal bermula.

“Saya datang untuk mendoakan roh arwah ibu bapa saya dicucuri rahmat Allah SWT. Mereka adalah sumber kekuatan saya sejak dahulu, dan hari ini saya memohon restu agar perjuangan ini berjalan dengan penuh keberkatan,” katanya ketika ditemui.

Beliau menegaskan bahawa ziarah tersebut memberi makna tersendiri kerana ia mengingatkannya kepada tanggungjawab besar untuk membela nasib rakyat di kawasan yang menjadi tempat kelahirannya sendiri.

“Sungai Manila adalah rumah saya, tempat saya dibesarkan. Dengan amanah yang diberikan parti, saya akan pastikan setiap usaha yang dibawa adalah untuk kemajuan dan kesejahteraan penduduk. Semoga setiap langkah dipermudahkan dan diberi kemenangan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles