KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini mengumumkan gabungan itu akan bertanding di 55 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.
Bagaimanapun, beliau hanya mengumumkan 51 nama calon dan berkata baki empat lagi akan diumumkan esok.
Selain Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Hajiji, yang akan mempertahankan kerusi Sulaiman, dua presiden parti komponen GRS iaitu Tan Sri Pandikar Amin (Usno) dan Tan Sri Anifah Aman (PCS) juga disenaraikan calon GRS.
Pandikar akan bertanding di DUN Pintasan, manakala Anifah akan bertanding di DUN Bongawan.
Penyandang ADUN Tanjung Keramat Datuk Shahelmey Yahya tidak akan mempertahankan kerusi itu, dan diambil alih adiknya Shah Alfie Yahya telah dinamakan sebagai calon GRS.
GRS juga menamakan Dato’ Victor Peter Paut sebagai calon GRS DUN Tambunan yang bakal menentang penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga presiden Parti Solidariti Tanah Air Ku (STAR).
Senarai penuh calon GRS. Datuk Mohamad Mohamarin (N01 Banggi), Dr Samuil Mopun (N02 Bengkoka ), Datuk Seri Ruddy Awah (N03 Pitas), Datuk Ben Chong Chen Bin (N04 Tanjong Kapor), Datuk Julita Majungki (N05 Matunggong), Datuk Redonah Bahanda (N06 Bandau), Datuk Hendrus Anding (N07 Tandek), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (N08 Pintasan), Datuk Mohd Arsad Bistari (N09 Tempasuk), Datuk Japlin Akim (N10 Usukan), Mudezam Muyau (N11 Kadamaian), Datuk Seri Hajiji Noor (N12 Sulaman), Datuk Jasnih Daya (N13 Pantai Dalit), Datuk Joniston Bangkuai (N15 Kiulu), Datuk Arshad Idris (N16 Karambunai), Datuk Mohd Razali Razi (N17 Darau), Shah Alfie Yahya (N24 Tanjung Keramat), Joeynwood Bansin (N26 Moyog), Datuk Juil Nuatim (N27 Limbahau), Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar (N28 Kawang), Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir Petra ( N29 Pantai Manis), Tan Sri Anifah Aman (N30 Bongawan), Datuk Mohd Ariffin Arif (N31 Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (N32 Klias), Datuk Limus Jury (N33 Kuala Penyu), Datuk Ruslan Muharam (N34 Lumadan), Datuk Dr Joachim Gunsalam (N36 Kundasang), Datuk Seri Masidi Manjun (N37 Karanaan), Datuk Abidin Madingkir (N38 Paginatan), Datuk Victor Paut (N39 Tambunan), Datuk Annuar Ayub Aman (N41 Liawan), Datuk Rubin Balang (N43 Kemabong), Datuk Ellron Angin (N45 Sook), Datuk Abdul Ghani Yasin (N46 Nabawan), Datuk Jonybone J Kurum (N47 Telupid), Datuk James Ratib (N48 Sugut), Datuk Samad Jamri (N49 Labuk), Hazem Mubarak Musa (N51 Sungai Manila), Datuk Amirshah Yaakub (N52 Sungai Sibuga), Puan Sri Diana Diego @ Yusrina Sufiana (N53 Sekong), Datuk Masiung Banah (N57 Kuamut), Johainizamshah Johari (N58 Lamag), Datuk Juhari Janan (N59 Sukau), Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan (N60 Tungku), Datuk Mizma Apehdullah (N62 Silam), Datuk Norazlinah Arif (N63 Kunak), Datuk Marunda KK. Ampong (N65 Senallang), Noordin Abdul Hussin (N66 Bugaya), Syed Ahmad Syed Abas ( N67 Balung), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (N68 Apas) dan Dr Andi Md Shamsureezal (N71 Tanjung Batu).
