Calon GRS yakin mampu tawan Tambunan

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dato’ Victor P Paut yakin dapat menwaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 29 November ini.

Beliau berkata keyakinan tersebut adalah berdasarkan sokongan rakyat Tambunan kepada GRS yang semakin meningkat.

“Peluang GRS menang di Tambunan amat cerah sebab penduduk Tambunan majoritinya mahukan perubahan daripada segi kepimpinan.

“Mereka (orang Tambunan) juga mahukan kemajuan daripada segi ekonomi dan pembangunan. Ini kerana Tambunan sudah jauh ketinggalan berbanding pencapaian daerah-daerah lain di negeri ini,” katanya.

Victor berkata demikian kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon GRS Tambunan oleh Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.

Victor merupakan anak jati Kampung Lintuhun, Tambunan berkata, rakyat Tambunan kini mahukan seorang pemimpin baharu yang mrmpunyai visi dan misi yang baharu untuk membawa Tambunan ke era kecemerlangan.

Victor turut menzahirkan tekad untuk memajukan Tambunan daripada segi ekonomi, sosial dan masyarakat.

“Saya melihat ekonomi Tambunan mampu dilonjakkan terutama daripada aspek sumber pertanian moden dan pelancongan.

“Saya percaya potensi bidang pelancongan mampu dimaksimakan di mana Tambunan ini ada latarbelakang sejarah yang hebat,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti khususnya pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas kepercayaan yang diberikan.

“Ini merupakan satu amanah yang saya akan galas dengan sebaiknya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles