Kesemua 10 calon PKR tandatangan surat aku janji serta bon perjanjian bernilai RM10 juta – Fauziah Salleh

KOTA KINABALU: Semua 10 calon.Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sabah telah menandatangani surat aku janji berserta bon perjanjian bernilai RM10juta sekiranya membelot amanah kepada parti.

Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fauziah Salleh berharap komitmen seratus peratus calon kepada parti, pengundi dan kawasan yang diwakili dapat melaksanakan amanat diberikan sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“Calon Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah yang telah diumumkan malam ini membawa Harapan urang Sabah.

“PKR akan membariskan seramai 10 orang calon yang terdiri daripada pelbagai latar-belakang yang terdiri daripada seorang bekas menteri, penjawat awam dan kalangan professional,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Berikut ialah senarai calon PKR (PH) PRU Sabah:

  1. Inanam – Datuk Peto Galim
  2. Api-Api – Thonny Chee
  3. Petagas – Awang Husaini Sahari
  4. Sindumin – Yamani Hafez Musa
  5. Melalap – Datuk Jamawi Jaafar
  6. Gum-Gum – Abdul Said Pimping
  7. Karamunting – Datuk George Hiew
  8. Segama – Romansa Lamin
  9. Merotai – Datuk Ruji Ubi
  10. Tulid – Rufinah Pengeran
    11.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles