KOTA KINABALU: Gundohing Saikam Salinggou Timbalan Presiden 1 , kouta KDMR Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah( PERPADUAN) menyokong penuh tindakan berani Datuk Ewon Benedick meletakkan jawatan daripada Kabinet Persekutuan.
Beliau percaya ia merupakan langkah protes dan bukan tanda kelemahan.
Katanya tindakan drastik itu juga melambangkan keberanian moral dan integriti politik seorang pemimpin Sabah yang sanggup memilih prinsip mengatasi status kedudukan.
“Sesuai dengan Hasrat PERPADUAN juga dalam perlembagaan, asas utama adalah memelihara hak-hak Sabah sesuai dengan Perjanjian Malaysia (MA63).
“Isu utama yang mencetuskan keputusan ini ialah perbezaan pandangan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung hak 40% hasil Sabah, dan PERPADUAN sebelum ini membuat kenyataan agar Kerajaan Persekutan tidak membuat semakan dan bantahan keatas Keputusan makamah tinggi sabah kerana hasil 40% ada hak yang sudah tercatat dalam perjanjian Malaysia bukan sekadar persoalan teknikal undang-undang ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Saikam berkata perkara tersebut menyentuh teras sebenar pembentukan Malaysia di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjamin autonomi serta keadilan fiskal bagi Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata peletakan jawatan sebagai kebinet Menteri Malaysia jelas membuktikan bahawa pemimpin Sabah mahukan janji berkaitan hak negeri ini dipenuhi.
*Ianya bukan sekadar menjadi ahli politik yang boleh di jual beli dan ditarik hidung, di mana kes 40% tidak boleh dijadikan bahan rundingan politik, dan keputusan AGC yang menolak tuntutan 40% hasil negeri merupakan satu pengkhianatan besar terhadap semangat persekutuan sebenar,” katanya.
Dalam hal ini, katanya PERPADUAN
menyokong sebarang tindakan positif untuk melaksanakan hak-hak Sabah seperti mana yang terkandung dalam perjanjian Malaysia 1963.
