Penduduk tempatan Tongod mula nikmati hasil tanaman hasil pemberian geran tanah – Masiung

Oleh Yussof J. Imbang

BELURAN; Penduduk tempatan yang sekian lama terhimpit masalah pemilikan tanah di Tongod kini sudah mula menjena hasil tanaman selepas kerajaan negeri mengeluarkan 3,700 geran tanah sejak 2008.

Penyandang Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, memaklumkan, pemberian geran penduduk secara berterusan itu dilaksanakan selepas memperkenalkan polisi membantah kemasukan syarikat luar yang bercadang menarokai tanah rezab kerajaan di daerah itu.

” Polisi membantah permohonan tanah daripada syarikat mega itu bagi memberi keutamaan kepada warga Kuamut memperolehi geran tanah sendiri, ” tegasnya ketika menemui warga Kuamut di Dewan Toniting, Estat Sapi Nagoh menerusi program Insiparasi Kalaga, semalam.

Mengikut rekod terbaharu Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sandakan, dalam tempoh dua tahun bermula 2024 terdapat 2,346.73 ekar lagi telah diukur menerusi program Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan seluas 724 lot lagi diwartakan sebagai tapak perkampungan di enam buah kampung di Tongod.

Enam kampung yang terlibat dengan penyukatan Pantas itu ialah Mangkawagu, Minusuh. Liupampang, Tampasak, Alitang dan Saguon di mana penduduk terlibat telah memperolehi geran masing-masing.

Menurut Masiung, terdapat lebih 10,000 ribu ekar lagi dalam proses pengukuran yang melibatkan beberapa kampung termasuk Penangah, Entilibon, Tongod dan Inarad.

” Pengukuran Pantas kepada penduduk asal adalah tanah rezab kerajaan yang dikeluarkan daripada hutan simpan menerusi kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah.

” Kita mengutamakan lebih banyak penduduk mendapatkan tanah rezab kerajaan dan menolak penerokaan syarikat mega dari luar yang menutup peluang ekonomi penduduk, ” tegasnya.

Sejak memenangi Wakil Rakyat pada 2008, Masiung telah memperkenalkan polisi membantah sebarang permohonan tanah rezab kerajaan daripada syarikat swasta dengan memberi keutamaan kepada warga Kuamut.

Lebih 300 warga Kuamut yang berkhidmat di beberapa syarikat sawit di Sapi Nangoh turut hadir memeriahkan program Insiparasi Kalaga yang diketuai oleh pengerusi penganjurnya, Aslan Timoi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles