PRN Sabah: Terus Perkukuh Sokongan UMNO/BN Peringkat Akar Umbi – Jeffery Nor

KOTA BELUD: UMNO terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh sokongan di peringkat akar umbi, selaras dengan matlamat untuk memastikan parti kekal relevan dan dekat dengan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed, berkata usaha memperkukuh jaringan bersama masyarakat setempat menjadi keutamaan bagi memastikan suara rakyat terus didengari dan diambil kira dalam setiap perancangan parti.


Menurut beliau, Majlis Kenduri Sekampung di Kampung Nanamun, Kota Belud, bersama Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, baru-baru ini menjadi contoh nyata pendekatan mesra rakyat yang diamalkan oleh parti.

“Majlis seperti ini bukan sekadar kenduri biasa, tetapi platform penting untuk kita mendekati rakyat, mendengar suara mereka dan mengukuhkan sokongan di peringkat akar umbi,” katanya.

Jeffery berkata, kehadiran Datuk Seri Bung Moktar dalam majlis tersebut jelas menunjukkan keprihatinan kepimpinan UMNO Sabah terhadap rakyat serta semangat untuk terus memperkukuh perjuangan parti di semua peringkat.

“Pendekatan turun padang ini memperlihatkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa dekat dengan masyarakat tanpa mengira waktu dan tempat. Kita mahu rakyat merasai bahawa UMNO terus bersama mereka,” ujarnya.

Sebelum itu, Jeffery Nor turut mengadakan lawatan ke Pulau Gaya bagi bertemu dengan Ketua PDM UMNO Pulau Gaya.

.
Ujarnya, kunjungan tersebut memberi ruang untuk berbincang mengenai strategi gerak kerja parti dan usaha mengukuhkan lagi struktur organisasi di kawasan tersebut.

Sumber – UMNO Online

Related Articles

253FansLike

Latest Articles