Orang kuat Warisan Aliasgar dijangka bertarung ‘Sailang’ menentang orang kuat GRS Jasnih di DUN Pantai Dalit

KOTA KINABALU: Orang kuat Warisan Tuaran, Datuk Aliasgar Basri, dijangka bertarung menentang Adun penyandang GRS, Datuk Jasnih Daya di gelanggang Pantai Dalit dalam pilihan raya umum negeri Sabah yang akan datang.

Menurut sumber boleh dipercayai, penyusunan strategi yang menyaksikan Aliasgar, yang sebelum ini diwar-warkan akan bertanding semula di DUN Sulaman, berpindah ke Pantai Dalit dilihat sebagai langkah ‘sisik tapuk’ untuk merampas kerusi itu daripada parti GRS.

Selain dua tokoh tersebut, beberapa individu lain yang disebut-sebut sebagai calon berpotensi di Pantai Dalit termasuk Alfian Sambas dari BN, Francis Fahir yang mewakili STAR, dan Jaesman Gipin dari PKDM.

Aliasgar, 65, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dari Kolej Perniagaan dan Pentadbiran di Universiti Southern Illinois, serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaysia Sabah.

Apabila diajukan dengan khabar angin yang bertiup kencang itu, Aliasgar dengan rendah hati menjawab: ‘Saya bersedia untuk bertanding di DUN Sulaman. Sokongan semakin meningkat terutama di kalangan pengundi-pengundi baharu”.

“Kalau pucuk pimpinan mencalonkan saya di kawasan DUN Pantai Dalit, saya dan rakan-rakan bersedia menggalas tanggungjawab untuk memenangi kerusi yang dipertanggungjawabkan.

“Malah kalau pucuk pimpinan tidak meletakkan saya sebagai calon kerana tanggungjawab yang lebih berat sebagai Setiausaha Penganjur Warisan pun saya terima dan terus bekerja untuk kemenangan Warisan,” katanya ketika dihubungi.

Pantai Dalit mempunyai seramai 26,730 pengundi berdaftar, yang mencakupi 6,465 pengundi KDMR, 13,279 Bajau, 1,078 Cina, dan selebihnya pengundi dari kumpulan etnik lain di Sabah.

Dalam pilihan raya umum negeri 2020, Jasnih berjaya memenangi kerusi Pantai Dalit atas tiket BN dengan majoriti 3,794 undi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles