Oleh: John T.
TAMBUNAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan, Dato Dr Victor Peter Paut bertekad membawa impian rakyat mentransformasi DaerahTambunan ke arah kecemerlangan.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Tambunan untuk sama-sama merealisasikan misi berkenaan, bersama berjuang dan bersatu bagi membuktikan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat membawa perubahan yang lebih baik daripada sebelum ini.
“Sejak dari awal saya bertekad untuk menjadi pemimpin Tambunan. Saya tidak teragak-agak kerana saya yakin rakyat Tambunan memiliki semangat perjuangan yang luar biasa serta potensi besar untuk membawa daerah ini ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis pelancaran Jentera Pilihanraya (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.39 Tambunan, di Dewan Terbuka Pisompuruan Tambunan, disini pada Sabtu (25 Oktober 2025).
Turut hadir wakil komponen GRS, diwakili Bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tambunan, Wilfredolin Jakil; Timbalan Ketua Bahagian PGRS, Mohd Yassin Mohd Yunus; Naib Ketua Bahagian PGRS Tambunan, Hussein Hassan; Mohd Hajjaz Iqbal (setiausaha bahagian); Ar Rafi Yasin (ketua pemuda); Vianney Evanna Vide (ketua beliawanis).
Dr Victor berkata, himpunan sempena pelancaran Jentera GRS Tambunan bukan himpunan biasa, tetapi medan untuk memperkukuh barisan kepimpinan di setiap cawangan GRS peringkat kampung di Tambunan, serta menyatukan jentera pilihan raya dan seluruh penyokong GRS di bawah satu semangat perjuangan.
“Jusreru kita harus bangkit bersama-sama. Kerana jika kita tidak bangkit, tiada siapa yang bangkit bagi pihak kita! kalau kita inginkan kejayaan, kita haruslah mula dari sekarang! kalau kita inginkan perubahan, kita haruslah berani melangkah!,” katanya.
Dr Victor menegaskan bahawa pilihan raya kali ini bukan sekadar tentang janji kosong. Berdirinya saya disini dihadapan kamu semua, saya membawa harapan orang kampung yang inginkan suara mereka di dengar, orang kampung yang inginkan seorang pemimpin yang menghulurkan tangan apabila diperlukan, pemimpin yang bukan sekadar janji kosong.
Saya disini berjuang bukan untuk diri sendiri tetapi saya berjuang kerana saya sendiri melihat nasib kampung saya iaitu Tambunan,” tegasnya.
Dr Victor berkata, selama berkhidmat di bawah PGRS N.39 Tambunan, beliau telah berpeluang bertemu dengan ribuan rakyat antara mereka ialah petani, guru, ibu bapa, warga emas dan anak muda.
“Saya mendengar pelbagai keluhan, ada yang memerlukan bantuan untuk menghantar anak melanjutkan pelajaran, membeli ubat, mendapatkan sumbangan ketika bencana, dan sebagainya.
Daripada semua yang saya dengar, saya sedar bahawa rakyat Tambunan bukan mengharapkan janji kosong, tetapi menginginkan keadilan, peluang, dan kemakmuran yang dapat dirasai bersama.
Perjuangan kita di sebagai GRS Tambunan bukan digerakkan oleh wang politik, tetapi oleh suara dan impian rakyat sendiri.
Oleh itu, marilah! kita bersama-sama memikul amanah ini dan membawa impian rakyat dengan satu tujuan yang jelas iaitu “Transformasi ke arah yang lebih baik”, katanya.
“Demi anak-anak kita! Demi keluarga dan demi masa depan generasi akan datang! Kita sudah separuh jalan dalam perjuangan ini! Inilah masanya untuk kita buktikan kesungguhan kita! buat sampai habis-habisan! sampai kemenangan jadi milik kita pada pilihan raya nanti! Kemanangan ini bukan kemenangan saya sendiri, tapi ini kemenangan kita semua,” katanya.
Dr Victor menyeru kepada mereka yang berjuang bersamanya untuk tidak gentar ataupun takut dengan hujatan negatif mahupun kritikan yang berleluasa di media sosial, kita tahu apa yang kita buat! Niat kita baik! Bangkitlah semua anak jati tambunan!
“Tambunan tanah tumpah darah kita! Kita pelihara, kita pertahankan! Bersama GRS, kita teguh dan bersatu! Tambunan bukan sekadar tempat tinggal, tetapi jiwa dan nadi kita! Di sinilah kita berlindung, di sinilah kita membina harapan! Dalam GRS, kita melangkah seiring menuju masa depan!
Perjuangan ini tidak mudah, kalau mudah ia bukanlah perjuangan! ingat! Wakil rakyat di angkat oleh rakyat dan boleh dijatuhkan oleh rakyat! GRS! Terus maju! Tambunan Terus bangkit!,” tegasnya.
