Bakal calon KDM Cik Priscella Peter terus gigih santuni pengundi Melalap

TENOM: Demam pilihan raya negeri Sabah sudah mula dirasai.

Menjelang pengundian PRU Negeri Sabah pada 29 November depan, parti mana yang bakal meraih kemenangan mula menjadi perbualan di kedai-kedai kopi.

Bakal-bakal calon juga sibuk ke sana sini untuk menyantuni seramai mungkin pengundi di kawasan DUN masing-masing.

Tidak terkecuali, pemangku presiden parti  KDM Cik Priscella Peter yang terus gigih menyantuni pengundi DUN Melalap, kerusi yang pernah menjadi kubu kuat ayahnya Datuk Peter Anthony.

Semalam, Priscella menghadiri Santai Bersama Masyarakat PDM Lagud yang diadakan di Kg. Liuh, Tenom.

Dalam majlis tersebut, beliau beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir disamping mendengar beberapa keluhan yang diutarakan. 

Dalam masa yang sama,  Priscella menerima kemasukan beberapa ahli baru yang menyertai parti KDM.

Sebelum ini,  Cik Priscella berkata beliau mahu meneruskan legasi ayahnya dalam membangun dan membantu rakyat di kawasan itu.

“Saya akan teruskan perjuangan membantu rakyat di Melalap, masih banyak pembangunan yang boleh dilakukan, saya lakukan ini (bertanding di Melalap) bukan mengenai daddy semata-mata, ini demi rakyat Melalap yang masih mengharapkan pembangunan berterusan,” katanya baru-baru ini.

Pada PRU Negeri Sabah yang lalu, Peter yang bertanding atas tiket Warisan memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 1,719 undi dalam saingan enam penjuru.

Pada awal 2022, Peter kemudian meninggalkan Warisan untuk menubuhkan parti KDM.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles