Libaran Prihatin: 13,500 Liter Air Bersih Disalurkan Kepada Penduduk Terjejas

SANDAKAN: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.184 Libaran mewakili Ahli Parlimen Libaran, YB Datuk Suhaimi Hj Nasir, telah menghantar sebanyak 13,500 liter air bersih (tiga lori) kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Putih, di sini malam tadi.

Bantuan air bersih tersebut disalurkan bagi meringankan beban penduduk yang telah terputus bekalan air bersih selama lima hari berturut-turut.

“Saya telah mengarahkan Pusat Khidmat Rakyat Libaran, bagi penghantaran air berkenaan dilaksanakan sebaik sahaja aduan diterima daripada penduduk kawasan terbabit,” katanya.

Suhaimi berkata, pihaknya akan terus memantau situasi tersebut dan menggesa agar masalah bekalan air diselesaikan segera oleh pihak berwajib.

“Masalah air ini bukan perkara baharu dan memerlukan penyelesaian menyeluruh. Rakyat berhak menikmati kemudahan asas yang sempurna dan berterusan,” katanya.

Beliau berkata masalah air di Parlimen Libaran ini memperlihatkan kegagalan GRS mengurus dan menyelesaikan isu air bersih.

Beliau turut simpati dengan keadaan penduduk yang menetap di PPR itu yang terpaksa hidup tanpa air bersih dan menjejaskan kehidupan harian mereka atas kegagalan GRS.

“Saya berharap agar penduduk bersabar dan akan berusaha untuk membantu,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles