Salleh mahu jentera BN Sabah fokus untuk menang PRN

MEMBAKUT: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru agar jentera parti di semua peringkat digerakkan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di setiap kawasan yang dipertandingkan.

Katanya, fokus utama kini ialah mengurangkan politiking yang merugikan rakyat serta menumpukan usaha menyatukan masyarakat demi pembangunan negeri secara menyeluruh.

Bercakap dalam program “Radu Tatap Radu” di PDM Pimping, DUN Membakut, beliau turut menekankan kepentingan menentukan kemenangan BN demi kestabilan dan masa depan Sabah.

Turut hadir YB Datuk Mohamad bin Alamin, Ketua UMNO Bahagian Kimanis, dan Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles