Kemasukan beramai sertai GRS lumpuh sokongan STAR Tambunan

TAMBUNAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Tambunan hari ini menerima kemasukan beramai-ramai ahli baharu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam satu majlis yang berlangsung dengan penuh semangat dan sokongan rakyat.

GRS diketuai Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah ((PGRS) Tambunan, Dato’ Victor Peter Paut, salah seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh dan disegani di kawasan Tambunan, membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap GRS semakin kukuh dan meluas.

Penubuhan Cawangan PGRS Kampung Nandal menjadikan jumlah cawangan parti yang terbanyak iaitu sebanyak 17 cawangan di Mukim Lintuhun.

Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Tambunan dan PDM Kaingaran dalam Kawasan Mukim Lintuhun mempunyai jumlah pengundi yang paling ramai bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N 39 Tambunan iaitu melebihi 5000 orang pengundi.

PDM Kaingaran yang mempunyai seramai 823 orang pengundi yang melibatkan empat lokaliti iaitu Kg, Kaingaran, Kg, Nandal, Kg, Pononoburan dan Kg.Silou Gamut.

Penubuhan Cawangan PGRS Kg,Nandal telah mengukuhkan lagi sokongan rakyat kepada PGRS khususnya di PDM Kaingaran.

Terdahulu, cawangan PGRS Kg. Pononoburan, Kg.Batu 8 dan Kg,Kaingaran telah berjaya ditubuhkan sebagai manifestasi sokongan padu rakyat kepada Kerajaan GRS.

Penubuhan Cawangan PGRS Kg, Nandal dengan kehadiran seramai 40 orang hadir mewakili penduduk tersebut menyatakan ikrar untuk bersama PGRS, sekali gus menjadikan PDM Kaingaran kini mempuyai keahlian PGRS melebihi 500 ahli sekaligus mengukuhkan sokongan GRS di Tambunan.

Menurut Dato’ Victor Peter Paut, “Kemasukan ramai ahli baharu ini adalah manifestasi jelas bahawa rakyat Tambunan semakin yakin dengan perjuangan dan hala tuju GRS.

“Mereka melihat GRS sebagai satu gabungan yang stabil, inklusif dan benar-benar mendengar suara rakyat.” katanya.

Beliau telah diwakili oleh En. Romanus Joannes selaku AJK Bahagian PGRS Tambunan merangkap Biro Politik dan Strategi.

Turut hadir Oliver Olang, Ketua Cawangan Kg. Sandapak; Jackly Jamari, Ketua Cawangan Kg,Pononoburan; Nicolas, Ketua Cawangan Kg.Batu 8; Rainus Radin, Ketua Cawangan Kg. Pomotodon; Puan Magret S, Setiausaha Kerja PGRS Tambunan dan Tuan Dunstan, media parti.

Tambah beliau lagi, penyertaan ini juga merupakan isyarat jelas bahawa rakyat mahukan kepimpinan yang berintegriti dan berpaksikan pembangunan mampan serta kebajikan rakyat.
GRS Tambunan komited untuk terus memperjuangkan agenda pembangunan luar bandar, memperkasa ekonomi tempatan serta memastikan hak dan suara rakyat Tambunan sentiasa dibela di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Dengan kemasukan ini, ini dianggap sebagai satu lonjakan moral dan strategi menjelang PRN -17 yang tidak lama lagi, sekaligus memperkukuh kedudukan GRS sebagai peneraju politik yang relevan dan diterima rakyat.

Dalam masa yang sama, para penduduk yang hadir turut menyuarakan keyakinan mereka terhadap kepimpinan Dato’ Victor Peter Paut serta kesungguhan beliau membawa suara rakyat Tambunan ke peringkat lebih tinggi.

GRS Tambunan melalui PGRS yakin kedudukan gabungan ini di kawasan berkenaan akan terus kukuh dan bersedia menghadapi PRN 17 dalam masa terdekat ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles