Jordan Jude cipta sejarah tersendiri sebagai pemimpin pertama berjaya bekalkan kemudahan TV pintar semua sekolah di DUN Tulid

KENINGAU: Walaupun belum bergelar YB, Ketua Exco Wiramuda STAR Sabah, Jordan Jude Ellron sudah mencatatkan sejarah tersendiri di DUN Tulid apabila muncul sebagai pemimpin pertama yang berjaya membekalkan kemudahan televisyen pintar kepada setiap sekolah di kawasan itu.

Sekolah yang menerima kemudahan TV pintar di DUN Tulid itu ialah SK Kapayan Baru, SK Sodomon, SK Ambual, SK Magatang, SK Penagatan, SK Kabatang Baru, SK Sinulihan Baru, SK Simbuan, SK Tulid, SMK Tulid, SK Batu Lunguyan, SK Lanas, SK Nanadagan, SK Mansiat, SK Sinaron tengah, SK Sinua, DK Agama Sinulihan dan SK Minawo.

“Ini bermakna semua sekolah atau semua bilik darjah dari kelas darjah 1 hingga tingkatan 6, di DUN Tulid kini dibekalkan 100 peratus kemudahan TV pintar,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

TV pintar memberikan pelbagai kepentingan di sekolah seperti meningkatkan keberkesanan dan keefisienan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) dengan menggunakan teknologi multimedia, menarik minat murid, dan membolehkan kolaborasi dan akses kepada pelbagai sumber pendidikan dalam talian. 

Ia juga boleh berfungsi sebagai pengganti projektor LCD yang kerap menghadapi masalah teknikal. 

Dikenali sebagai pemimpin muda yang ‘humble’, Jordan meletakkan agenda pendidikan sebagai antara keutamaan untuk  rakyat Tulid, khususnya golongan belia.

“Saya berharap Smart TV ini akan digunakan dengan sebaiknya untuk manfaat guru dan murid,” katanya.

Menurut Jordan, inisiatif itu selari dengan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meluaskan transformasi digital di peringkat sekolah.

Difahamkan, KPM telah mengumumkan pelaksanaan Pendidikan Digital tahun 2021 namun belum ada gerakan untuk merealisasikannya di DUN Tulid.

Sebelum ini, Jordan, anak lelaki kepada Datuk Ellron Angin, diumumkan sebagai bakal calon STAR di DUN Tulid pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles