KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabab pada 29 November depan.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 15 dan 25 November ini.
“Bagi menjayakan pilihan raya Sabah, SPR telah melantik 25 pegawai pengurus pilihan raya dan 196 penolong pengurus.
“SPR juga telah melantik 86 penguatkuasa kempen pilihan raya,” katanya pada sidang media, di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ramlan berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan diguna untuk PRN itu membabitkan daftar pemilih tambahan Ogos 2025, dikemas kini hingga 5 Oktober lalu.
DPPR bagi PRK ini mengandungi seramai 1,784,843 juta orang pemilih.
PRN Sabah diadakan susulan pembubaran dewan undangan negeri Sabah, yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, pada 6 Oktober lepas.
Pada PRN ke-16, GRS berjaya membentuk kerajaan Sabah yang baharu selepas menang 38 daripada 73 kerusi, termasuk kerusi yang dimenangi calon BN, menewaskan Warisan Plus yang memperoleh 32 kerusi manakala 3 kerusi dimenangi oleh calon BEBAS.
