TERMINOLOGI KAWASAN PANTAI TIMUR SABAH DIGANTI DENGAN “KAWASAN SABAH TIMUR

LAHAD DATU (8 OKT) – Komander ESSCOM DCP Datuk Victor Sanjos hari ini meminta semua komuniti maritim ESS Zone, khususnya para pengamal media dan pengkaji-pengkaji agar menggunakan terminologi “Kawasan Sabah Timur” bagi menggantikan terminologi “Kawasan Keselamatan pantai Timur Sabah”.

Katanya ini kerana terma Kawasan Sabah Timur merupakan perkataan yang sesuai bagi menggambarkan ketiga-tiga domain yang menjadi pusat kawalan ESSCOM iaitu Domain laut, darat dan Udara dan tidak tertumpu di kawasan pantai timur sahaja.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada rakan-rakan media dan juga pengkaji-pengkaji bahawa dimana pun mereka berada mereka selalu merujuk kawasan ini sebagai kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah, hari ini saya ingin perbetulkan iaitu kita ganti dengan terminologi “Kawasan Sabah Timur” yang merangkumi domain darat, laut dan udara.

“Terminologi yang sepatutnya kita gunakan bukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, tetapi Eastern Sabah Safety Zone (ESS Zone) iaitu Kawasan Selamat Sabah Timur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles