PRN Sabah: Sairin Karno Sertai Parti Warisan Sabah

KOTA KINABALU – Pengerusi Veteran UMNO Sabah, Datuk Sairin Karno hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu majlis yang diadakan di ibu negeri.

Menurut Sairin, keputusan tersebut dibuat selepas melihat perjuangan dan hala tuju Warisan yang diyakini mampu membawa perubahan lebih baik untuk rakyat Sabah.

“Saya melihat Warisan sebagai sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan hak dan masa depan rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam
sidang media hari ini.

Penyertaan beliau dianggap sebagai satu suntikan semangat baharu kepada Warisan, khususnya dalam usaha mengukuhkan pengaruh parti itu menjelang pilihan raya akan datang.

Shafie dalam ucapannya menyambut baik kemasukan Sairin dan menyifatkannya sebagai tokoh berpengalaman yang mampu membantu memperkasa gerak kerja parti di peringkat akar umbi.
“Kehadiran Datuk Sairin menunjukkan keyakinan terhadap perjuangan Warisan. Kita alu-alukan mana-mana pemimpin yang mahu bersama dalam usaha membela nasib rakyat Sabah,” katanya.
Sairin sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan dan pernah memegang jawatan dalam kerajaan negeri Sabah di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles