Jabatan Bahasa Kadazandusun IPG Kent Anjur Program Menelusuri Ilmu dan Fonetik Bahasa Kadazandusun

TUARAN: Jabatan Bahasa Kadazandusun, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent, telah menganjurkan Program Menelusuri Ilmu dan Fonetik Bahasa Kadazandusun yang melibatkan pelajar PISMP BKD Ambilan Ogos 2024.

Program itu bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk memperluas pengetahuan serta menguasai aspek fonetik dalam Bahasa Kadazandusun. 

Ia diketuai oleh Dr. Rosie Johnny, selaku mentor kelas BKD Ambilan Ogos 2024/2029. Beliau menyatakan rasa bangga dengan kejayaan program tersebut dan berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang kerana memberi manfaat besar kepada peserta.

Sepanjang program, para pelajar berpeluang mendengar ceramah daripada Tindarama Rita Lasimbang, Ketua Pegawai Eksekutif Kadazandusun Language Foundation (KLF). 

Beliau menyampaikan taklimat mengenai Carta Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) serta penggunaannya dalam Bahasa Kadazandusun. 

Pelajar bukan sahaja memperoleh pengetahuan mendalam, malah turut diberi ruang untuk bersoal jawab bersama beliau.

Selain itu, peserta turut mengikuti lawatan ke Sinilou Kibambangan Waterpark. Aktiviti gotong-royong memasak dan makan bersama turut mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar.

Tindarama Rita Lasimbang juga meneruskan perkongsian dengan memberikan ceramah mengenai penggunaan vokal, konsonan serta tanda baca dalam penulisan Bahasa Kadazandusun bagi membantu pelajar melahirkan karya yang lebih tepat dan berkualiti.

Secara keseluruhannya, Program Menelusuri Ilmu dan Fonetik Bahasa Kadazandusun telah memberikan pengalaman yang amat berharga kepada peserta. Tindarama Rita Lasimbang, Ketua Pegawai Eksekutif Kadazandusun Language Foundation (KLF), berpendapat bahawa program seumpama ini mampu meningkatkan transmisi antara generasi dan pelajar opsyen Bahasa Kadazandusun Institut Pendidikan Kampus Kent juga adalah generasi yang perlu mewarisi pengetahuan tentang Bahasa Kadazandusun sekaligus menjadi jambatan ilmu kepada murid-murid pada masa hadapan. Encik John Bin Gitom, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun, menegaskan bahawa program seumpama ini bukan sahaja membuka mata pelajar tentang kepentingan fonetik dalam Bahasa Kadazandusun, malah mendedahkan mereka kepada aspek ketepatan penulisan yang penting dalam penghasilan karya. 

Turut hadir memberi sokongan progarm dua hari ini ialah para pensyarah IPG Kampus Kent, Encik Victor Baga, Dr Willfred Dousip, Encik Amidy Malagob, Puan Rosmahwati Binti Ebbie, bekas pensyarah IPG Kampus Kent, Encik James Geoffery W. Molijoh dan staff dari KLF.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles