Bekas Ketua Cawangan KWSP KM Josely Taising diumum calon KDM DUN Kadamaian

KOTA BELUD: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)  mengumumkan bekas Ketua Cawangan KWSP Kota Marudu Gundohing Josely Taising sebagai calon bagi kerusi DUN Kadamaian pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Pengumuman itu dilakukan Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda dalam majlis Himpunan Pemuda, Puteri dan Wanita KDM Kadamaian di Dewan Gopog, Taginambur pada Ahad.

Ketika membuat pengumuman itu, Wetrom mengajak rakyat Kadamaian bangkit membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik.

Josely memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia  (USM) dan Ijazah Sarjana Pengajian Kristian.

Baru-baru ini, presiden UPKO Datuk Ewon Benedick mengesahkan untuk mempertahankan kerusi DUN Kadamaian.

Dalam PRN yang lepas, Ewon menang kerusi DUN Kadamaian dengan majoriti 3,459 undi dalam saingan enam penjuru.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles