STAR Kuamut sokong GRS dalam PRN – Masiung


Oleh Yussof J. Imbang

RANAU; Parti Solidariti Tanahair (Star) Bahagian Kuamut menarik perhatian netezen apabila menyatakan sokongan politik kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN-17) ini.

Ketua Bahagian Star Kuamut, Mandik Yadam menegaskan, walaupun presiden parti Datuk Seri Dr Jeffery Kitingan mengambil keputusan drastik keluar dari komponen GRS, namun Star Kuamut mempunyai pendirian berbeza untuk kekal bersama GRS.

Beliau ditemui sejurus menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa GRS bahagian Kuamut di sini, semalam.

” Kami telah mengadakan mesyuarat bahagian Star pada Sabtu susulan langkah Jefferi untuk tidak bersama GRS pada PRN-17, sebaliknya mau bertanding secara solo menggunakan lambang sendiri.

Semua ahli jawatankuasa bahagian Star bersetuju kekal dalam GRS dan akan memberi sokongqn penuh kepada calon yang bertanding atas tiket GRS di Kuamut.

” Kami menghormati pendirian Jefferi sebagai Presiden parti, namun dalam kempen PRN-17 ini kami memilih bersama GRS Kuamut pimpinan Datuk Masiung Banah.

Selain Star, mesyuarat itu, turut dihadiri semua parti komponen GRS Kuamut termasuk Masum Takin (Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) dan James Aik (Usno).

Mesyuarat GRS bahagian itu dipengerusikan Masiung yang juga pengerusi GRS Kuamut dan ketua bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Menurut Mandik yang juga timbalan pengerusi GRS Kuamut, beliau telah menyatakan pendirianya bersama Jawatankuasa Bahagian Star dalam sisi mesyuarat berkenaan.

Star bahagian itu juga katanya, telah mengambil ketetapan untuk tidak meletakan calon PRN-17 di Kuamut bagi memastikan GRS mencapai kemenangan besar di kawasan itu.

” Kerjasama politik dalam GRS yang dipayungi GRS harus dikekalkan, kerana Masiung selaku Wakil Rakyat Kuamut dilihat sebagai kunci utama perancang pembangunan daerah Tongod.

” Kami telah membina kestabilan politik dalam tempoh hampir lima tahun di Kuamut tanpa sebatang perpecahan, adalah tidak wajar kami menghianati perjuangan yang belum selesai, ” tambahnys.

Langkah Star Kuamut bukan sekadar pergolakan biasa dalam parti itu, namun pemerhati politik melihat tindakan terburu-buru Dr Jeffery bakal mengundang padah kepada parti pimpinanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles