Pitas bakal muncul bandar komersial terbaharu – Masiung


Oleh Yussof J Imbang

PITAS: Pitas bakal muncul sebagai bandar komersial baharu yang terpenting di pantai barat Sabah sebaik sahaja dua projek pekan baharu di sini siap sepenuhnya menjelang 2028.

Pengerusi Lembagan Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, dua projek utama itu masing-masing di Kampung Taka dan pekan baharu Pitas yang dibangunkan Kerajaan Negeri bersama rakan stategik LPPB.

Beliau berucap di Majlis Pecah Tanah Pekan Baharu projek Perumahan dan Komersial di Kampung Taka yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pagi semalam.

Katanya, kedua-dua projek pekan baharu di daerah itu dilaksanakan di bawah agenda program Sabah Maju Jaya (SMJ).

Sementara itu, projek pertama di pekan baharu Pitas yang telah mula dibangunkan pada 2023 lalu kini hampir siap mengandungi 68 unit kedai dua tingkat dan 14 lot industri tingkat bersama.

Menurut Masiung, projek terbaharu yang telah dilancarkan pagi kelmarin di Kampung Taka adalah pembinaan rumah mampu milik dan komersial.

Seluas 37.60 ekar telah diwartakan untuk tapak projek di kampung itu yang mendandungi 320 unit rumah mampu milik termasuk 274 unit rumah teres dua tingkat dan 52 unit rumah berkambar dua tingkat.

Katanya, LPPB juga turut membina serentsk 170 unit bangunan komersial termasuk 68 unit kedai dan pejabat, selebihnya 64 unit kiosk dan sebuah supermarket serta 8 unit ‘showroom berkambar’.

Menurut Masiung, kerja-kerja pembinaan bagi projek terbaharu yang dilancarkan di Kampung Taka pagi kelmarin akan bermula seawal tahun hadapan.

Katanya, kedua-dua projek tersebut bakal melonjakan ekonomi kepada penduduk setempat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles