Inisiatif tambahan rumah mesra SMJ bukti kerajaan GRS prihatin nasib rakyat

Kenyataan Media Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ahli Dewan Undangan Negeri N.68 Apas, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)

KOTA KINABALU: Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berhubung penambahan 10 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula tahun hadapan, menjadikan keseluruhan 50 unit bagi setiap DUN di seluruh Sabah.

Langkah ini membuktikan keprihatinan kerajaan GRS terhadap rakyat, khususnya golongan belia yang baru mendirikan rumah tangga dan masih bergelut dengan kos sara hidup serta kekangan tempat tinggal. Tambahan unit ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada anak muda, malah menjadi simbol keberkesanan dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat.

Projek Rumah Mesra SMJ mencerminkan keberanian dan keikhlasan kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan perumahan rakyat dilaksanakan secara menyeluruh dan inklusif di semua kawasan, bandar mahupun luar bandar.

Pendekatan kerajaan negeri menggabungkan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta adalah langkah strategik yang mempercepatkan pembangunan, sambil memastikan sumber kewangan negeri dapat difokuskan kepada inisiatif sosioekonomi lain yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor telah membuktikan bahawa agenda Sabah Maju Jaya bukan sekadar slogan, tetapi satu pelan tindakan yang dilaksanakan dengan konsisten, berpaksikan keperluan sebenar rakyat.

Rakyat Sabah, khususnya golongan muda, harus melihat inisiatif ini sebagai bukti jelas bahawa kerajaan GRS bekerja dengan ikhlas dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat, bukan sekadar berpolitik atau menabur janji.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles