MSM UMS 2025 Labuh Tirai Penuh Warna-Warni, Kukuh Semangat Kebersamaan

KOTA KINABALU – Program Minggu Suai Mesra (MSM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi Akademik 2025/2026 melabuhkan tirainya semalam dengan pelbagai pengisian menarik yang mencerminkan kepelbagaian budaya serta semangat kebersamaan warga kampus.

Majlis penutupan MSM kali ke-31 itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor di Stadium UMS yang turut dihadiri barisan pengurusan universiti, pensyarah serta lebih 5 ribu pelajar baharu.

Acara turut dimeriahkan dengan senaman aerobik yang dipimpin oleh Pembimbing Suai Mesra (PSM), dan kemudian disusuli persembahan tarian etnik Sabah yang mencerminkan kepelbagaian budaya.

Kemeriahan majlis bertambah dengan pertunjukan bunga api sejurus selesai lafaz perasmian penutupan oleh Kasim, yang diikuti dengan sesi suai mesra beliau bersama pelajar baharu.

MSM UMS yang berlangsung bermula 29 September itu merupakan program tahunan yang dikendalikan PSM bagi memperkenalkan pelajar baharu kepada budaya universiti, selain mengukuhkan semangat kebersamaan selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan holistik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles