Parti Gemilang Sabah akan didaftarkan, 55 calon bertanding calon bebas

Oleh: John T.

KOTA KINABALU: Parti Gemilang Sabah (GS) yang bakal didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan bertanding di 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya negeri Sabah (PRN17).

Presiden GS, Jismit Japong, baru-baru ini dilaporkan sebagai presiden Parti Gemilang Anak Sabah (GAS), menjelaskan bahawa GAS tidak akan digunakan dalam pilihan raya kerana isu yang tidak dapat diselesaikan.

Menurut Jismit, pihaknya telah memohon untuk mendaftarkan parti politik baharu itu (GS) dengan ROS pada Isnin.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa GS akan diluluskan pendaftarannya, walaupun tidak dapat mengesahkan berapa lama proses pendaftaran akan mengambil masa.

“Ia perlu melalui beberapa jabatan,” katanya ketika ditanya sama ada pendaftaran GS akan dapat diluluskan tepat pada masanya untuk pilihan raya negeri Sabah ke-17 akan datang,” katanya.

Jismit berkata, sekiranya GS belum diluluskan sehingga tarikh pembubaran DUN Sabah, 55 calon akan bertanding sebagai calon bebas di bawah panji Kumpulan Gemilang Sabah.

“Kami tidak berputus asa, kerana rakyat Sabah berhak mendapat keadilan dan dipertahankan,” katanya pada sidang media disini pada Rabu.

Jismit berkata, parti itu mengekalkan kuota 40 peratus bagi calon veteran, manakala 60 peratus lagi diagihkan kepada golongan wanita dan belia.

“Sekiranya GS belum dapat diluluskan sehingga tarikh pembubaran PRN17 maka semua 55 calon akan bertanding sebagai calon Bebas melalui Kumpulan Gemilang Sabah atau Gemilang Sabah Group,” katanya.

Jismit berkata, tidak menjadi masalah sekiranya pendaftaran GS megambil masa yang agak lama kerana masih ada pilihanraya peringkat Parlimen.

“Kalau pilihan raya kali ini (PRN17) tidak dapat menggunakan lambang GS, ia akan dapat digunakan pada pilihan raya Parlimen akan datang,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles