SK Mantob turut serta jayakan Program Hari Sungai Sedunia peringkat daerah Tuaran

KIULU:  Sambutan Hari Sungai Sedunia mampu meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan menjaga dan memastikan kelestarian sungai serta menghargai sungai sebagai salah satu sumber khazanah negeri ini.

Menyedari kepentingan memelihara sungai , SK Mantob Kiulu mengambil inisiatif untuk turut serta menjayakan program menanam pokok dan membersihkan kawasan tepi sungai  berdekatan SK Mantob sempena sambutan peringkat daerah Tuaran itu pada Ahad.

Guru Besar SK Mantob Romie Boliku berkata program anjuran bersama Pejabat Parlimen Tuaran dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran  itu, antara lain, bertujuan  mengawal hakisan tebing di tepi sungai.

Beliau berkata program tersebut disertai  warga sekolah termasuk guru-guru, ibu bapa dan ahli PIBG. 

Penyertaan sekolah adalah hasil inisiatif Guru besar SK Mantob, Penolong kanan, En Jimin Tibin, Penolong Kanan pentadbiran En Modian Magulizang dan Yang Dipertua PIBG En Johnymond.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles