SK Malangang Baru, Kiulu, Tuaran Jayakan Penanaman Pokok Sempena Hari Sungai Sedunia

TUARAN: SK Malangang Baru, Tuaran telah mengambil bahagian dalam program penanaman pokok sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia anjuran Pejabat Parlimen Tuaran dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran dengan tema “Sungai Kita dari Hulu ke Hilir Amanah yang Mengalir” 

Program yang melibatkan penyertaan serentak 45 buah sekolah di seluruh daerah Tuaran itu berlangsung pada jam 2.00 petang dan berjaya mencatat sejarah apabila sejumlah 10,000 anak pokok Tangkol ditanam di tebing sungai. 

Usaha ini sekali gus melayakkan penyertaan Tuaran direkodkan dalam Guinness World Book Records sebagai penanaman pokok serentak terbanyak oleh sekolah di satu daerah.

SK Malangang Baru berjaya menanam 200 batang pokok Tangkol, hasil komitmen padu warga sekolah termasuk guru-guru, ibu bapa dan ahli PIBG. 

Penyertaan sekolah adalah hasil usaha dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Joen Saimin, yang hadir taklimat dan Puan Dayang Mohaida Zuraidah Mohammad selaku penyelaras (PIC) program di peringkat sekolah.

 Program itu bukan sahaja menyokong agenda pemuliharaan sungai tetapi memberi kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar melalui tindakan sebenar. 

Pihak sekolah menyambut baik inisiatif PPD Tuaran dan Pejabat Parlimen Tuaran dalam mendidik masyarakat sekolah dan awam  melalui penglibatan langsung dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar, sejajar dengan aspirasi pendidikan berasaskan nilai dan kelestarian.

.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles