Gagasan Rakyat wajar letak calon mewakili GRS di DUN Sekong – Masiung


Oleh Yussof J. Imbang

SANDAKAN: Terdapat keperluan drastik bagi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) meletakan calonya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong sebagai jaminan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merampas kerusi kawasan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN-17) ini, tegas Naib Presiden parti itu, Datuk Masiung Banah.

” Berdasarkan penelitian saya dalam beberapa siri lawatan di kawasan DUN berkenaan, jelas menunjukan Gagasan Rakyat menguasai 68 peratus sokongan rakyat berbanding parti-parti lain dalam gabungan GRS dan Pakatan Rakyat (PH).

” Saya memberi jaminan Gagasan Rakyat berpotensi besar menang di kawasan itu sekaligus merampas kerusi DUN Sekong daripada parti Warisan, ” katanya sejurus melawat ‘War Room’ Gagasan Rakyat Sekong, semalam.

Menurut Masiung yang juga Pengerusi Zon 10 Gagasan Rakyat Sandakan, parti pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor itu ternyata menjadi pilihan nombor satu masyarakat pelbagai lapisan di Sekong.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi jaminan positif sekiranya parti lain dalam GRS dan PH diletakan bertanding di kawasan DUN dalam Pantai Timur itu.

Wakil Rakyat Kuamut itu menagaskan, laporan timbal balik secara terperinci di semua tujuh Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sekong jelas dikuasai Gagasan Rakyat sebagai tulang belakang GRS.

” Statistik Gagasan Rakyat ternyata jauh lebih tinggi meninggalkan parti-parti lain yang berminat meletakan calon di DUN Pantai Timur itu.

” Pandangan badan bebas dan risikan Unit Cawangan Khas beruniform harus diambil kira agar tidak merugikan peluang GRS di Sekong dalam PRN-17 kali ini, ” tambahnya.

Masiung diiringi Wakil Rakyat Karamunting yang juga timbalan pengerusi zon 10, Datuk George Hiew dalam lawatan singkat di pejabat Gagasan Rakyat Sekong.

Sementara, Hiew, meletakan keyakinan, kuasa besar Gagasan Rakyat di Sekong dengan kekuatan lebih 300 cawangan, maka kerusi Warisan di kawasan itu boleh ditawan.

Menurutnya, kewujudkan parti-parti lain dalam kompunan GRS dan PH boleh menambah pengaruh Gagasan Rakyat di kawasan berkenaan.

Kedua-dua pemimpin Gagasan Rakyat itu yakin kerusi pembangkanng berkenaan mampu ditawan jika GRS meletakan Gagasan Rakyat bertanding di kawasan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles