Bekas KSU Datuk Ruji Ubi bakal calon PH DUN Merotai

TAWAU: Seperti yang dijangka,  bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Ruji Ubi bakal diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH/PKR) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan itu semasa berucap pada Himpunan Temui Rapat Umum, di Merotai di sini pada malam Jumaat.

Beliau berkata PRN Sabah ke-17 merupakan  wadah penting untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar boleh membawa suara rakyat dan mengangkat martabat orang Sabah..

Sebelum mengakhiri ucapan pada majlis itu, Anwar memperkenalkan Ruji Ubi, anak jati Tawau yang juga bekas KSU Kementerian Dalam Negeri sebelum ini.

“Saya kata kepadanya (Datuk Ruji), sudah sampai masa kamu balik kampung dan jaga rakyat,” katanya, sambil disambut tepukan gemuruh.

Ruji bersara daripada perkhidmatan awam pada 21 Jun lepas.

Beberapa hari selepas bersara, Ruji dipetik sebagai berkata: “Saya memilih untuk bersara awal pada usia 55 tahun kerana mahu balik ke Tawau untuk ‘berkebun’,”.

Dilahirkan 18 Jun 1970, anak jati Merotai itu merupakan antara penjawat awam dari Sabah yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam Persekutuan.

Sebelum menyandang jawatan KSU Kemeterian Perpaduan, Ruji pernah bertugas sebagai KSU Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan.

Selain pernah menjadi KSU, Ruji yang mesra dengan kakitangan dan rendah hati juga pernah menjadi Pengarah Pembangunan Negeri Sabah (SDO), Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Pegawai Khas Datuk Seri Mustapa Mohamed selama 9 tahun dipelbagai Kementerian.

Semasa di ESSCOM, Ruji berperanan menambah aset-aset ESSCOM seperti yang yang ada sekarang. 

Semasa di KDN, beliau berjaya membuat perolehan untuk Pejabat ESSCOM dan perolehan kuaters anggota ESSCOM di Lahad Datu.

Ketokohan Ruji sebagai penjawat awam begitu terserlah semasa di SDO.

Beliau terlibat dalam melaksanakan pelbagai projek untuk kemudahan rakyat.

Ini termasuk projek rumah-rumah panjang di Kota Marudu, projek baiki sekolah daif di seluruh Sabah, termasuk di Parlimen Kalabakan. 

Semasa di SDO juga, Ruji telah berjaya ‘menyelamatkan’ projek sakit SMK Titingan 2, SMK Kinabutan 2 dan SMK Langkon 2.

Kecemerlangan beliau dalam pentadbiran awam berterusan semasa di KDN.

Ruji telah berjaya untuk memulakan kerja-kerja tapak ICQS di Bantul, Nabawan dan ICQS Serudong di Kalabakan. 

Semasa di KDN, anak tempatan dan kelahiran DUN Merotai itu juga telah berjaya mendapatkan peruntukan untuk Projek baharu Ibu Pejabat Polis (IPD) Nabawan dan IPD Kalabakan serta membuka Pejabat Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kalabakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles