Bakal calon KDM Paginatan Rusdin Riman tawar lima teras pelan pembangunan kepada pengundi

RANAU: Bakal calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) DUN Paginatan Datuk Rusdin Riman menggariskan lima teras pelam pembangunan yang ditawarkan kepada pengundi di kawasan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.

Beliau berkata teras yang pertama ialah memantapkan pembangunan infrastruktur asas, khususnya jalan-jalan kampung.

“Saya melihat pembangunan infrastruktur asas ini wajar diberikan keutamaan demi kebaikan dan kesejatheraan penduduk di kawasan Paginatan,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Rusdin turut mengutamakan pendidikan  kanak-kanak dan mewujudkan hab aktiviti kemahiran untuk belia Paginatan.

“Teras yang ketiga ialah memperkasakan pembangunan wanita, ekonomi desa dan per ekonomian Rahmah,” katanya.

Rusdin yang juga bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah juga bertekad menaiktaraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat serta memperkemaskan tadbir urus dan khidnat Adun.

Baru-baru ini, Timbalan presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda menamakan Rusdin sebagai bakal calon KDM yang akan bertanding di DUN Paginatan.

DUN Paginatan kini diwakili Datuk Abidin Madingkir.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles