Sentuhan Kasih Desa MADANI: Bukti Sumbangan Kerajaan Pusat kepada Rakyat Sabah

KOTA BELUD: Program Sentuhan Kasih Desa MADANI anjuran KEMAS membuktikan komitmen kerajaan pusat untuk terus mendekati rakyat di luar bandar, khususnya di Sabah.

Sejak awal 1990-an, KEMAS telah membawa pelbagai inisiatif melalui pendidikan awal kanak-kanak di TABIKA dan Taska, kelas literasi dewasa, serta kursus kemahiran untuk belia dan wanita desa.

Program ini adalah contoh bagaimana dasar kerajaan pusat diterjemah terus kepada rakyat di kampung – bukan sekadar janji, tetapi kehadiran yang memberi manfaat nyata kepada keluarga dan komuniti.

Saya menyeru masyarakat Kg. Lentiggi untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan melalui KEMAS sebagai bukti kerjasama erat antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan rakyat.

Turut hadir dalam program ini ialah Yang Berusaha En. Ahmad Fakhrul Azman bin Muhammad Radzi, Pengarah KEMAS Negeri Sabah; Yang Berusaha En. Mohd Tahir Abdul Rahman, Pegawai KEMAS Daerah Kota Belud; Yang Berusaha En. Azuwan bin Marjan @ Norjan, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat GiatMARA Kota Belud; Tuan Haji Mohd Farid bin Awang Omar, Pengurus Tabung Haji; En. Jaip Satuh, Ketua Kampung Lentigi; serta En. Nordin Bandah, Pengerusi JKKK Kg. Lentigi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles